Semalam berlangsung separuh akhir piala Malaysia (23/10/2010). Ternyata cabaran kedah untuk ke final tidak kesampaian apabila dibenam oleh kelantan dengan agregat 1-0. Selepas pulang tanpa jaringan pada minggu lepas, Kelantan sememangnya mempunyai kelebihan di Stadium Sultan Muhammad IV dengan sokongan padu beribu-ribu peminat negeri tersebut. Gol yang diharapkan oleh Kelantan hadir pada minit ke-78 hasil jaringan Norshahrul. Kecewanya pasukan negeriku ..apapun Kedah akan mempertingkatkan lagi skuad dengan latihan bersepadu dan berkesan pada musim depan. Kalah sekali bukan kalah selamanya. Pulun Kedah Pulun!..Tahniah buat kelantan dan Negeri Sembilan yang akan berentap di Final 30 Oktober ini.
Saturday, October 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment