BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 23, 2010

CUTI-CUTI KEDAH BAHAGIAN 1: HUTAN LIPUR SEDIM


Hutan lipur sedim merupakan salah satu hutan simpan domestik di daerah Baling (walaupun sempadan dengan daerah Kulim). Hutan ini terletak di kampung Sedim, Karangan dan kira-kira 25 kilometer dari bandar Kulim. Bagi pengunjung yang ingin ke hutan lipur ini, mereka boleh menggunakan lebuhraya Utara-Selatan dan mengikut papan tanda arah ke Kulim melalui lebuh raya Kulim-Butterworth. Apabila tiba di susur keluar Lunas-Kulim, ikut jalan utama hinggalah ke simpang jalan menuju ke Mahang. Ambil susur kiri ke kampung Sedim.

Sebelumnya, Hutan Lipur Sedim dikenali oleh penduduk tempatan sebagai `reakreasi arus deras ` atau `sungai sedim`. Jalan masuk menuju ke kawasan reakreasi ini agak jauh dari pekan kecil kg .Sedim kerana pengunjung perlu melalui beberapa buah kampung. Hutan lipur ini kaya dengan kepelbagaian flora dan faunanya, kawasannya agak sejuk dan lembap, air sungai yang jernih dan deras mampu menggamit pelancong yang rata-rata terdiri daripada pelancong tempatan dan asing. 


Selain air sungai yang sejuk dan deras, Hutan lipur ini juga merupakan kawasan `rafting` utama bagi penggemar sukan air. Sebelum ini, beberapa kejohanan sukan air peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah diadakan. Wow bestnya `rafting` kat sini sebab arusnya deras. Bagi yang kurang pandai `rafting` anda boleh cuba pelampung yang boleh menampung beberapa orang termasuk yang berbadan xxxxl



Antara tarikan yang paling utama ialah `The Top Tree Canopy Walk` ..kalau nak masuk kena bayaq RM10. Jambatan gantung besi ni panjangnya kira-kira 950 meter la dan antara jambatan gantung terpanjang kat dunia la. Apabila berada di atas jambatan ini, pengunjung-pengunjung boleh menikmati pemandangan hutan hujan tropika yang kaya dengan pokok-pokok balak dan ada pokok `Kulim` kat atas ni. 










Anda semua pasti tidak dapat melupakan pengalaman berada dalam Hutan Tropika Sebenar jika tidak mengunjungi Hutan Lipur Sedim. Di samping itu, pengunjung-pengunjung juga tidak perlu bimbang mengenai penginapan kerana terdapat kemudahan chalet dengan harga berpatutan. Aktiviti-aktiviti seperti perkhemahan , jungle trekking, flying fox dan sebagainya juga boleh dilakukan. Sebenarnya, dusun buah-buahan datuk saya juga terletak berhampiran kawasan Hutan Lipur ini..uishh best ni..hangpa tak mau `try` ka...Bagi penggemar aktiviti yang lebih lasak, mereka boleh mendaki Gunung Bintang yang terletak berhampiran dengan ketinggian kira-kira 7000 kaki...Jadi melawatlah ke Negeri Kedah Darul Aman.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...