Asalamualaikum w.b.t...apa khabar kepada semua bloggers, minggu lepas saya telah menjalankan kajian lapangan bagi kursus Perancangan Bandar dan Desa di pekan Kudat, Sabah. Untuk pengetahuan anda ini adalah kali ke-2 saya ke Kudat selepas kerja lapangan pertama dahulu Pemprosesan Imej Satelit...bestnya huh ..hari pertama kami sampai dan check-in di the Kudat Rest House..hari kedua macam besa la ke Tg. Simpang Mengayau ..siap interviewed pelancong asing untuk kump.pelancongan (Kump. Bro-P) dan malam tu kami buat BBQ ..uish bestnya..budak sejarah jugak ikut...kami suka giler restoran SIKUATI dengan `Jelingan Manja` pelayan dia hehe :-)...minggu depan 29 nak berjalan ke Tawau..jomlah ikut.
Wednesday, October 27, 2010
Saturday, October 23, 2010
KEKALAHAN KEDAH BOLEH DIUBATI
Semalam berlangsung separuh akhir piala Malaysia (23/10/2010). Ternyata cabaran kedah untuk ke final tidak kesampaian apabila dibenam oleh kelantan dengan agregat 1-0. Selepas pulang tanpa jaringan pada minggu lepas, Kelantan sememangnya mempunyai kelebihan di Stadium Sultan Muhammad IV dengan sokongan padu beribu-ribu peminat negeri tersebut. Gol yang diharapkan oleh Kelantan hadir pada minit ke-78 hasil jaringan Norshahrul. Kecewanya pasukan negeriku ..apapun Kedah akan mempertingkatkan lagi skuad dengan latihan bersepadu dan berkesan pada musim depan. Kalah sekali bukan kalah selamanya. Pulun Kedah Pulun!..Tahniah buat kelantan dan Negeri Sembilan yang akan berentap di Final 30 Oktober ini.
Posted by Mat Hafis at 10:26 PM 0 comments
CUTI-CUTI KEDAH BAHAGIAN 1: HUTAN LIPUR SEDIM
Hutan lipur sedim merupakan salah satu hutan simpan domestik di daerah Baling (walaupun sempadan dengan daerah Kulim). Hutan ini terletak di kampung Sedim, Karangan dan kira-kira 25 kilometer dari bandar Kulim. Bagi pengunjung yang ingin ke hutan lipur ini, mereka boleh menggunakan lebuhraya Utara-Selatan dan mengikut papan tanda arah ke Kulim melalui lebuh raya Kulim-Butterworth. Apabila tiba di susur keluar Lunas-Kulim, ikut jalan utama hinggalah ke simpang jalan menuju ke Mahang. Ambil susur kiri ke kampung Sedim.
Sebelumnya, Hutan Lipur Sedim dikenali oleh penduduk tempatan sebagai `reakreasi arus deras ` atau `sungai sedim`. Jalan masuk menuju ke kawasan reakreasi ini agak jauh dari pekan kecil kg .Sedim kerana pengunjung perlu melalui beberapa buah kampung. Hutan lipur ini kaya dengan kepelbagaian flora dan faunanya, kawasannya agak sejuk dan lembap, air sungai yang jernih dan deras mampu menggamit pelancong yang rata-rata terdiri daripada pelancong tempatan dan asing.
Selain air sungai yang sejuk dan deras, Hutan lipur ini juga merupakan kawasan `rafting` utama bagi penggemar sukan air. Sebelum ini, beberapa kejohanan sukan air peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah diadakan. Wow bestnya `rafting` kat sini sebab arusnya deras. Bagi yang kurang pandai `rafting` anda boleh cuba pelampung yang boleh menampung beberapa orang termasuk yang berbadan xxxxl
Antara tarikan yang paling utama ialah `The Top Tree Canopy Walk` ..kalau nak masuk kena bayaq RM10. Jambatan gantung besi ni panjangnya kira-kira 950 meter la dan antara jambatan gantung terpanjang kat dunia la. Apabila berada di atas jambatan ini, pengunjung-pengunjung boleh menikmati pemandangan hutan hujan tropika yang kaya dengan pokok-pokok balak dan ada pokok `Kulim` kat atas ni.
Anda semua pasti tidak dapat melupakan pengalaman berada dalam Hutan Tropika Sebenar jika tidak mengunjungi Hutan Lipur Sedim. Di samping itu, pengunjung-pengunjung juga tidak perlu bimbang mengenai penginapan kerana terdapat kemudahan chalet dengan harga berpatutan. Aktiviti-aktiviti seperti perkhemahan , jungle trekking, flying fox dan sebagainya juga boleh dilakukan. Sebenarnya, dusun buah-buahan datuk saya juga terletak berhampiran kawasan Hutan Lipur ini..uishh best ni..hangpa tak mau `try` ka...Bagi penggemar aktiviti yang lebih lasak, mereka boleh mendaki Gunung Bintang yang terletak berhampiran dengan ketinggian kira-kira 7000 kaki...Jadi melawatlah ke Negeri Kedah Darul Aman.
Posted by Mat Hafis at 1:15 AM 0 comments
Friday, October 22, 2010
PEMBENTANGAN KURSUS HUTAN DAN KOMUNITI
Asalamualaikum w.b.t. kepada anda semua, kali ini saya ingin membuka bicara lagi dengan berkongsi pengalaman membentangkan tugasan kumpulan bagi kursus minor HUTAN dan KOMUNITI. Kami ialah kumpulan GEOGRAPHERS paling last membentang pada tarikh 22 October 2010. Sebelumnya pagi tu bergegas saya datang ke Kuliah tanpa apa2 persediaan..tambah2 pulak kena hujan masa nak datang UMS (seluar saya basah sikit hehe). Proses pembentangan berjalan lancar Alhamdulilah sebab kami membentangkan SISTEM AGROFORESTRY TUMPANGSARI. Walaubagaimanapun, saya kurang berpuas hati dengan seorang #?><<<<<% yang tidak memahami penjelasan saya bagi menjawab soalannya..Bayangkan dia mempertikaikan kumpulan kami ..hadoi bro kami cakap pasal Sistem Tumpangsari di Indon la..jangan salah faham..kalau ko x da idea atau kempunan markah tambahan sekalipun jangan tanya kalau x faham. Satu lagi dia mempertikaikan penggunaan GIS (Geographic Information System) dan RS (Remote Sensing) dalam pembaikan sistem Tumpangsari. Hadoi budak ni GIS dan RS boleh digunakan untuk semua skala dengan teknik yang berbeza saja x kan gua nak terang A-Z kot kat lu. Kami dah ambik 5 subjek GIS termasuk RS ..jadi kalau x faham atau x da idea janganlah tanya bukan-bukan...jangan sekali2 mempertaikan kumpulan kami. Saya harap semua pembaca sila berikan komen anda sebab saya masih x puas hati. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kumpulan saya. BUKANKAH HIDUP INI TIADA YANG MUSTAHIL.
Posted by Mat Hafis at 4:17 AM 0 comments
Wednesday, October 20, 2010
GLOBALIZATION IN THE CONTEXT OF RELIGIONS
Globalization can be termed as the distribution of economics, political ideology, social elements and RELIGIONS. In the sophiscated and rapid modern world, many countries can`t deny globalization. On the other hands, it`s well known as `borderless world`. In fact, it has been proven that religions are among the earliest form of globalization as most merchants from Europe and West Asian spread religions through commerce. To date, in terms of urban and rural planning, mosque, church and temple show that the globalization significantly influences most of nowadays major religions. Eventhough globalization could be blamed for triggering off some adverse effects but we can`t stop it from building a person with values, wisdom and well-mannered in the process of religion.
Posted by Mat Hafis at 9:30 PM 0 comments
Tuesday, October 19, 2010
MINGGU SIAPKAN LATIHAN ILMIAH
Minggu ni merupakan salah satu minggu yang paling sibuk pada abad ini..selain f.work..saya juga tengah sibuk siapkan latihan ilmiah dan sempat tukar kajian..tapi masih dalam bidang pengangkutan..insyAllah, minggud depan saya akan mendapatkan data sekunder di Agensi-agensi seperti Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu, JPJ, JKR, IPD POLIS unit trafik, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah dan Adun Karambunai. Bagi penduduk yang berada di kawasan Sepanggar, bersedialah kerana anda MUNGKIN akan menjadi salah seorang daripada subjek kajian saya..sila beri kerjasama yang baik.
Posted by Mat Hafis at 10:54 PM 0 comments
Tuesday, October 12, 2010
PEMBUKA BICARA
Asslamualaikum wbt & salam sejahtera...
Saya baru berjinak-jinak dalam penghasilan blog & ini blog rasmi yang pertama kalinya dihasilkan oleh saya sendiri untuk nama Mat Hafis. Blog ini sekadar laman untuk meluahkan bicara & pendapat mengenai apa sahaja yang terlintas difikiran mahupun mengenai isu-isu terkini. Sebarang kelemahan dalam blog ini diharap dapat diterima & dimaafkan. Insyaallah blog ini akan dipertingkatkan kualitinya dari semasa ke semasa. Selamat melayari mathafis.blogspot.com dan jangan lupa untuk menjadi peminat blog ini, terima kasih daun keladi, kalau sudi datanglah lagi. Wassalam...
Posted by Mat Hafis at 6:40 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)